Saturday, May 19, 2018

BEZA SBP DAN SEKOLAH TEKNIK?



Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka carian online, jurang membawa dua pengertian dimana yang pertamanya adalah lembah yang dalam dan yang keduanya adalah perbezaan dalam masyarakat atau pendapat. Manakala pencapaian pula membawa dua maksud dimana maksud yang pertama adalah sesuatu yang dicapai atau sesuatu yang telah berjaya dilaksanakan dengan usaha dan ketekunan sendiri dan yang kedua adalah perihal perbuatan seperti hal atau usaha dalam mencapai sesuatu (Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Dalam konteks yang akan dibincangkan dalam blog ini, jurang pencapaian pelajar antara sekolah berasrama penuh dan juga menengah teknik membawa pengertian yang cukup menarik sekali. Ia bermaksud perbezaan pencapaian pelajar di Malaysia dalam pendidikan khususnya di antara sekolah berasrama penuh dan juga sekolah menengah teknik.

Sekolah berasrama penuh merupakan sekolah menengah perdana yang telah dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR dan juga PT3 (Rifke, 2018). Sekolah menengah teknik pula adalah sekolah yang menawarkan aliran teknikal di tingkatan 4 dan 5 seterusnya memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industry negara. Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang di dalam Pentaksiran Tingkatan 3 dan ianya membantu melahirkan tenaga professional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Subjek yang ditawarkan adalah seperti pengajian kejuruteraan elektrik elektronik, pengajian kejuruteraan awam, pengajian kejuruteraan mekanikal, perdagangan dan sains pertanian (Malaysia). Manakala aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran yang bercorak vokasional iaitu pekerjaan. Ianya secara tidak langsung dapat membantu melahirkan graduan separa professional seperti juruteknik atau pembantu teknik dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (Nilam, 2009)
   
Perbezaan pencapaian pelajar sekolah menengah teknik dan sekolah berasrama penuh dapat dilihat perbezaan yang begitu ketara sekali. Walaupun masing-masing mempunyai sistem pembelajaran dan subjek yang berbeza, namun apabila dilihat dari segi peratusan yang mencapai lulus dalam matapelajaran adalah amat ketara bagi kedua-dua sekolah ini. Dapat dilihat disini bahawa faktor kepemimpinan pengetua telah menjadi faktor yang paling utama dalam perbezaan yang dapat ditonjolkan antara kedua-dua pentadbiran sekolah ini. Menurut Muhammad, Suriah, Maszuria, Mohammad dan Shamsul, pengetua SBP mempunyai gaya kepemimpinan yang saling mempercayai yang tinggi terhadap warga sekolah terutamanya kepada para guru. Manakala bagi sekolah menengah teknik dalam jurnal Penggunaan Rangka Kepemimpinan Pengetua di Johor menyatakan gaya kepemimpinan pengetua adalah bersifat kurang memberi kerjasama dengan guru. Ini sekaligus telah membuatkan para pengetua sekolah teknik ini mempunyai sikap saling mempercayai antara guru mereka yang sederhana berbeza dengan sekolah berasrama penuh. Aspek gender memainkan peranan besar dalam menentukan kepemimpinan pengetua ini dimana wanita mengamalkan kepemimipinan berorientasikan tugas berbanding lelaki yang lebih berorientasikan pertimbangan kemanusiaan. Mereka juga cenderung mengambil risiko yang kadang-kadang mungkin akan mengguris perasaan orang lain (Faizal, Suriah, Maszuria, Amalina, Seman, & Shamsul, 2015)


Selain daripada itu, bila dilihat dari segi faktor tekanan dalam pembelajaran murid-murid di sekolah berasrama penuh dengan sekolah menengah teknik adalah berbeza. Dapat dilihat bahawa keseluruhan sekolah berasrama penuh sememangnya menetap di asrama di mana mereka hanya berpeluang untuk berjumpa dengan keluarga seminggu sekali ataupun jarang-jarang. Berbeza pula dengan sekolah menengah teknik dimana mereka berpeluang untuk memilih tinggal bersama keluarga ataupun tinggal di asrama. Perkara sebegini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar di sekolah berasrama penuh kurang terdedah dengan masalah keluarga dan hanya lebih tertumpu kepada masalah dalaman sekolah sahaja seperti masalah kawan dan juga prestasi belajar mereka. Namun begitu, jika dilihat faktor yang melanda kepada pelajar sekolah menengah teknik, mereka mempunyai tahap tekanan terhadap pelajaran yang lebih tinggi berbanding sekolah berasrama penuh. Ini kerana mereka terdedah kepada masalah luaran seperti masalah keluarga, tahap pendidikan ibu bapa yang kurang dan juga masalah disiplin yang berkait dengan pelajar luar. Sesetengah daripada mereka akan merasa lebih tertekan kerana pelajar yang tidak tinggal di asrama akan berdepan dengan masalah keluarga seperti pergaduhan ibu bapa, kekurangan sumber kewangan keluarga dan juga kurangnya sokongan daripada insan yang mereka hormati dan percayai. Selain itu, ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah tidak dapat memberi sokongan terhadap anak-anak mereka. Bagi pelajar ssekolah berasrama penuh pula, mereka sentiasa mendapat perhatian daripada guru-guru cemerlang yang terdapat di sekolah, rakan-rakan juga secara tidak langsung dapat menjadi mentor mereka. Selain daripada itu, mereka hanya terdedah kepada masalah antara pergaduhan kecil antara rakan.


Masalah tekanan dalam kalangan pelajar juga turut dirungkaikan di kaca televisyen

   

Bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan pengetua sekolah menengah teknik ini, pengetua seharusnya mengambil peranan dimana pengetua itu sendiri perlu mendapatkan sokongan guru-guru. Ini kerana, sesebuah institusi sekolah tidak dapat bergerak walau hanya dengan seorang pengetua yang cemerlang namun para guru perlu menjadi tulang belakang sesebuah sekolah dalam menjayakan apa yang telah direncanakan dan dihasrat oleh seseorang pengetua. pihak Jabatan Pelajaran Negeri juga perlu memberi kerjasama dan bantuan dalam mencari punca-punca kekurang keberkesanan sesebuah sekolah yang disebabkan oleh pengetua mereka. Pihak JPN perlu untuk merancang dan melaksanakan kursus-kursus dan bengkel-bengkel yang bersesuaian untuk meningkatkan kembali kualiti kepemimpinan para pengetua di seluruh negara. Perancangan yang teliti harus dibuat agar dapat memastikan intipati kursus dan bengkel yang diadakan adalah bersesuaian dengan keperluan pengetua untuk memimpin sesebuah sekolah dengan cemerlang (Ayunni, 2013). Manakala masalah tekanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah pula dapat diatasi dengan penglibatan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dimana pihak KPM boleh membuat satu usul dimana penyelarasan semua sekolah menengah teknik diwajibkan untuk tinggal di asrama bagi menjamin kemenjadian murid dan mengelakkan lebih banyak kes-kes disiplin yang semakin merebak pada zaman yang serba canggih ini (Yahaya, 2011).


Pengetua SBP yang mendapat anugerah Pengetua Cemerlang Malaysia


Rujukan

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2017 . (2018, 3). Retrieved 4 16, 2018, from Permohonan.my: https://www.permohonan.my/analisis-keputusan-peperiksaan-spm/

Ranking SBP Terbaik SPM Sekolah . (2018, 3). Retrieved 4 16, 2018, from SAPS Ibu Bapa: https://www.sapsibubapa.org/ranking-sbp-terbaik-spm-sekolah/

Ayunni. (2013, May). Kepimpinan pengetua cemerlang di sekolah menengah di daerah muar johor. Retrieved May 18, 2018, from http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/'Ayunni%20Binti%20Jasni.TP.pdf

Faizal, M., Suriah, Maszuria, Amalina, Seman, M., & Shamsul. (2015). kepimpinan moral pengetua sekolah berasrama penuh dan maktab rendah sains mara: satu perbandingan . Jurnal Kepimpinan Pendidikan , 1-15.

Malaysia, U. P. (n.d.). Pendidikan . Retrieved May 1, 2018, from Gerbang Rasmi Kerajaan Malaysia : https://www.malaysia.gov.my/public/cms/article/page/403/

Nilam, A. (2009, Oktober 1). Permohonan Kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010. Retrieved May 1, 2018, from ePutra: http://eputra.com/permohonan-kemasukan-ke-sekolah-menengah-teknik-dan-vokasional-2010/

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (n.d.). Retrieved 4 15, 2018, from Dewan Bahasa dan Pusataka : http://prpm.dbp.gov.my/

Rifke, M. A. (2018, 1). Sekolah Berasrama Penuh . Retrieved 4 15, 2018, from Sistem Guru Online : https://www.sistemguruonline.my/2018/01/sekolah-berasrama-penuh.html


Yahaya, A. (2011, June). Permasalahan yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar bumiputera (tingkatan 4) di sekolah menengah teknik di Johor Bahru. Retrieved May 19, 2018, from Research gate : http://www.researchgate.net/publication/255663698


No comments:

Post a Comment

BEZA SBP DAN SEKOLAH TEKNIK?

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka carian online, jurang membawa dua pengertian dimana yang pertamanya adalah lembah yang dalam dan...