Menurut Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka carian online, jurang membawa dua pengertian dimana
yang pertamanya adalah lembah yang dalam dan yang keduanya adalah perbezaan
dalam masyarakat atau pendapat. Manakala pencapaian pula membawa dua maksud
dimana maksud yang pertama adalah sesuatu yang dicapai atau sesuatu yang telah
berjaya dilaksanakan dengan usaha dan ketekunan sendiri dan yang kedua adalah
perihal perbuatan seperti hal atau usaha dalam mencapai sesuatu (Pusat Rujukan
Persuratan Melayu) .
Dalam konteks yang akan dibincangkan dalam blog ini, jurang pencapaian pelajar
antara sekolah berasrama penuh dan juga menengah teknik membawa pengertian yang
cukup menarik sekali. Ia bermaksud perbezaan pencapaian pelajar di Malaysia
dalam pendidikan khususnya di antara sekolah berasrama penuh dan juga sekolah menengah
teknik.

Perbezaan
pencapaian pelajar sekolah menengah teknik dan sekolah berasrama penuh dapat
dilihat perbezaan yang begitu ketara sekali. Walaupun masing-masing mempunyai
sistem pembelajaran dan subjek yang berbeza, namun apabila dilihat dari segi
peratusan yang mencapai lulus dalam matapelajaran adalah amat ketara bagi
kedua-dua sekolah ini. Dapat dilihat disini bahawa faktor kepemimpinan pengetua
telah menjadi faktor yang paling utama dalam perbezaan yang dapat ditonjolkan
antara kedua-dua pentadbiran sekolah ini. Menurut Muhammad, Suriah, Maszuria,
Mohammad dan Shamsul, pengetua SBP mempunyai gaya kepemimpinan yang saling
mempercayai yang tinggi terhadap warga sekolah terutamanya kepada para guru. Manakala
bagi sekolah menengah teknik dalam jurnal Penggunaan Rangka Kepemimpinan
Pengetua di Johor menyatakan gaya kepemimpinan pengetua adalah bersifat kurang
memberi kerjasama dengan guru. Ini sekaligus telah membuatkan para pengetua
sekolah teknik ini mempunyai sikap saling mempercayai antara guru mereka yang
sederhana berbeza dengan sekolah berasrama penuh. Aspek gender memainkan
peranan besar dalam menentukan kepemimpinan pengetua ini dimana wanita
mengamalkan kepemimipinan berorientasikan tugas berbanding lelaki yang lebih
berorientasikan pertimbangan kemanusiaan. Mereka juga cenderung mengambil
risiko yang kadang-kadang mungkin akan mengguris perasaan orang lain (Faizal,
Suriah, Maszuria, Amalina, Seman, & Shamsul, 2015) .
![]() |
Selain daripada
itu, bila dilihat dari segi faktor tekanan dalam pembelajaran murid-murid di
sekolah berasrama penuh dengan sekolah menengah teknik adalah berbeza. Dapat
dilihat bahawa keseluruhan sekolah berasrama penuh sememangnya menetap di
asrama di mana mereka hanya berpeluang untuk berjumpa dengan keluarga seminggu
sekali ataupun jarang-jarang. Berbeza pula dengan sekolah menengah teknik
dimana mereka berpeluang untuk memilih tinggal bersama keluarga ataupun tinggal
di asrama. Perkara sebegini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar di sekolah
berasrama penuh kurang terdedah dengan masalah keluarga dan hanya lebih
tertumpu kepada masalah dalaman sekolah sahaja seperti masalah kawan dan juga
prestasi belajar mereka. Namun begitu, jika dilihat faktor yang melanda kepada
pelajar sekolah menengah teknik, mereka mempunyai tahap tekanan terhadap
pelajaran yang lebih tinggi berbanding sekolah berasrama penuh. Ini kerana
mereka terdedah kepada masalah luaran seperti masalah keluarga, tahap
pendidikan ibu bapa yang kurang dan juga masalah disiplin yang berkait dengan
pelajar luar. Sesetengah daripada mereka akan merasa lebih tertekan kerana
pelajar yang tidak tinggal di asrama akan berdepan dengan masalah keluarga
seperti pergaduhan ibu bapa, kekurangan sumber kewangan keluarga dan juga kurangnya
sokongan daripada insan yang mereka hormati dan percayai. Selain itu, ibu bapa
yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah tidak dapat memberi sokongan
terhadap anak-anak mereka. Bagi pelajar ssekolah berasrama penuh pula, mereka
sentiasa mendapat perhatian daripada guru-guru cemerlang yang terdapat di
sekolah, rakan-rakan juga secara tidak langsung dapat menjadi mentor mereka.
Selain daripada itu, mereka hanya terdedah kepada masalah antara pergaduhan
kecil antara rakan.
![]() |
Masalah tekanan dalam kalangan pelajar juga turut dirungkaikan di kaca televisyen |
Bagi
menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan pengetua sekolah menengah
teknik ini, pengetua seharusnya mengambil peranan dimana pengetua itu sendiri
perlu mendapatkan sokongan guru-guru. Ini kerana, sesebuah institusi sekolah
tidak dapat bergerak walau hanya dengan seorang pengetua yang cemerlang namun
para guru perlu menjadi tulang belakang sesebuah sekolah dalam menjayakan apa
yang telah direncanakan dan dihasrat oleh seseorang pengetua. pihak Jabatan
Pelajaran Negeri juga perlu memberi kerjasama dan bantuan dalam mencari punca-punca
kekurang keberkesanan sesebuah sekolah yang disebabkan oleh pengetua mereka.
Pihak JPN perlu untuk merancang dan melaksanakan kursus-kursus dan
bengkel-bengkel yang bersesuaian untuk meningkatkan kembali kualiti
kepemimpinan para pengetua di seluruh negara. Perancangan yang teliti harus
dibuat agar dapat memastikan intipati kursus dan bengkel yang diadakan adalah
bersesuaian dengan keperluan pengetua untuk memimpin sesebuah sekolah dengan
cemerlang (Ayunni, 2013) . Manakala masalah
tekanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah pula dapat diatasi dengan
penglibatan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dimana pihak KPM boleh
membuat satu usul dimana penyelarasan semua sekolah menengah teknik diwajibkan
untuk tinggal di asrama bagi menjamin kemenjadian murid dan mengelakkan lebih
banyak kes-kes disiplin yang semakin merebak pada zaman yang serba canggih ini (Yahaya, 2011) .
![]() |
Pengetua SBP yang mendapat anugerah Pengetua Cemerlang Malaysia |
Rujukan
Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2017 . (2018, 3). Retrieved 4 16, 2018, from
Permohonan.my: https://www.permohonan.my/analisis-keputusan-peperiksaan-spm/
Ranking SBP Terbaik SPM Sekolah . (2018, 3). Retrieved 4 16, 2018, from SAPS Ibu Bapa:
https://www.sapsibubapa.org/ranking-sbp-terbaik-spm-sekolah/
Ayunni. (2013, May). Kepimpinan pengetua cemerlang di
sekolah menengah di daerah muar johor. Retrieved May 18, 2018, from
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/'Ayunni%20Binti%20Jasni.TP.pdf
Faizal, M., Suriah, Maszuria, Amalina, Seman, M., &
Shamsul. (2015). kepimpinan moral pengetua sekolah berasrama penuh dan maktab
rendah sains mara: satu perbandingan . Jurnal Kepimpinan Pendidikan ,
1-15.
Malaysia, U. P. (n.d.). Pendidikan . Retrieved May
1, 2018, from Gerbang Rasmi Kerajaan Malaysia :
https://www.malaysia.gov.my/public/cms/article/page/403/
Nilam, A. (2009, Oktober 1). Permohonan Kemasukan ke
Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010. Retrieved May 1, 2018, from
ePutra: http://eputra.com/permohonan-kemasukan-ke-sekolah-menengah-teknik-dan-vokasional-2010/
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (n.d.). Retrieved 4 15, 2018, from Dewan Bahasa dan
Pusataka : http://prpm.dbp.gov.my/
Rifke, M. A. (2018, 1). Sekolah Berasrama Penuh .
Retrieved 4 15, 2018, from Sistem Guru Online :
https://www.sistemguruonline.my/2018/01/sekolah-berasrama-penuh.html
Yahaya, A. (2011, June). Permasalahan yang mempengaruhi
pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar bumiputera (tingkatan 4) di
sekolah menengah teknik di Johor Bahru. Retrieved May 19, 2018, from
Research gate : http://www.researchgate.net/publication/255663698